Malaysia sudah tidak selamat bagi golongan yang lahir pada tahun 2000 dan ke atas?

Malaysia kini diancam satu lagi virus baharu yang dikenali sebagai StrsDi-99. Virus ini yang berjaya ditemukan oleh Dr. Lee Dian berkata, ” virus telah berjaya menjangkiti hampir seluruh rakyat Malaysia tanpa kita sedari” katanya. Virus StrsDi-99 atau nama saintifiknya Stress and Die 99 ini dikatakan hanya menjangkiti golongan yang berumur 21 dan ke bawah. Penyakit ini dipercayai berpunca daripada kekerapan belajar dari rumah tanpa bantuan guru secara langsung dan kerja rumah yang banyak. Antara salah satu simptom yang paling ketara ialah jadual tidur yang tidak menentu, kurang selera makan, makan orang sahaja, marah pada benda yang tidak pasti kewujudannya dan ketawa tidak tentu pasal. Bukan itu sahaja, virus ini didapati telah merebak hampir ke seluruh dunia bahkan juga di planet Marikh. Awasi anak anda dan jika terdapat simptom ini sila beri mereka ruang untuk rehat bukan memaksa. Virus yang berasal dari Limbang, Sarawak ini tiada penawarnya jika Covid-19 tidak berjaya dihapuskan. Kita jaga kita dan stay safe.